liking...

Friday, February 10, 2012

Selamat Ulang Tahun kepada Arwah

 

Selamat Ulang Tahun ke 22
Mohd Adli Bin Arifin
10 february 1990 - 14 september 2011
...............................

tuhan tolong sampaikan rindu ini kepadanya
sesungguhnya aku terasa kosong tanpanya
...
genap 88 hari awak pergi
saya harap awk sentiasa bersama saya
memberi kekuatan kepada saya walaupun awak jauh
walaupun saya tak nampak awak
tapi saya dapat rasa akan kekuatan itu
<3
demi sebuah kenyataan yang amat menyakitkan
aku yang tidak berdaya hanya berserah padaNya
Salam Akhir Salam teristimewa...
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
kerna waktu berputaran

sesungguhnya dia telah menyedarkan aku akan dunia ini hanyalah sementara
hanyalah pinjaman semata-mata
terima kasih kerana mengejutkan aku dari kegelapan
pergimu bukanlah kehilangan semata
pergimu membawa sinar dalam hidupku
terima kasih tak terhingga diucapkan
...
akan tiba masanya untuk kita pula kembali kepadaNya
Ya Allah, takdir Mu penuh hikmah 
 
Salam Terakhir kepadamu
Salam yang Teristimewa
AL-FATIHAH

Sunday, February 5, 2012

dah start cari nama anak...

 
 
google search ; nama-nama islam

sonok tengok nama-nama islam ni, buat kita x sabar nak ada anak
tapi kalau nak anak kena la langkah ke alam perkahwinan dulu
 
dah tengok nama-nama yang indah tu mula la berangan nama anak 'kite'
hahaha
dah banyak pilih nama anak ni...
anaknya bila pulak nak ada ni?
excited nih
 

ni kalau perempuan

ni kalau lelaki





kakakkaa....gatai bak ang!
x sabar nak kawin...
nak ada anak...
nak bina keluarga bahagia
 

Monday, January 16, 2012

note from dreams


for the pestime tertido dalam kelas sepanjang menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam...

tadi salin nota dari slide show kat depan, punye lah mengantuk kelas Puan tu aku xtaw kenapa.
tiap kali dia mengajar mesti ngantuk, dah bosan tengok muka dia tapi dia ajar best...

semalam study sampai kul 3 pagi sebab tu mengantuk kot.
aku yang x pernah2 study selama hayat ni... haha
buang tebiat. ehh azam baru ler
















sebab malas nk tgk slide kat depan so aku dengar jela puan tu ckp ape n take note.
ni la note dia yg aku sempat salin.
aku pun xtaw apa aku tulis yang last tu..
dengan senget nye tulisan tu naik turun..
mana datang 'part' pun aku xtau
dalam mimpi kot.

* sebab ni pestime tido lam kelas so bagi aku bermakna la.. ngeh ngeh

Tuesday, May 24, 2011

ntah apa apa

ntah apa apa
aku dah banyak merapu
aku nak delete
tapi aku tak tahu nak delete yang mana
kadang-kadang sayang nak delete
tapi kedang-kadang perasaan memaksa untuk delete
tapi kelakuan tak membenarkan aku delete
tapi bila aku delete aku akan terbawa-bawa shift+delete
bila aku tekan shift+delete semua tak akan dapat kembali lagi
cari lah peganti yang terdelete tu tapi pasti takkan sama dengan yang asal

sekarang.
berhati-hati lah apabila mendelete sesuatu
jangan terbawa-bawa lagi shift+delete itu
kerana ia takkan dapat kembali lagi
hanya peganti yang dapat mengganti

merapu kan? perlu ke aku delete? atau shift+delete?
kalau lah boleh kan...

Friday, May 20, 2011

Dia kehilangan

dia kehilangan. sesuatu yang amat berharga bagi dirinya.
dia sanggup bersusah payah deminya. berhujan berpanas dia tempuhi. peluh keringat dia gagahi.
tetapi akhirnya dia kehilangan.
terpaksa menerima kehilangan itu dengan hati yang redha.
tabah dengan dugaan duniawi.

jelas di mata aku kekusutan di wajahnya
seribu kerut terukir di dahi.
perasaan yang berkocak dan darah yang bergelodak
dia cuba memujuk dirinya supaya sabar untuk menerima takdir yang telah tertulis tersurat untuknya
dia cuba tersenyum lebar tapi sayang senyuman yang diukir palsu!
ternyata dia sembunyikan perasaan yang sebenar. supaya orang disekelilingnya tidak risaukan dia

aku tidak sanggup merenung wajah itu
menyembunyikan kekalutan hati
semoga dia tabah menjalani takdirnya

semoga mereka mendapat balasan yang setimpal diatas kehilangan nya itu walaupun mereka hanyalah penyebab kepada takdir yang telah tertulis.