liking...

Thursday, April 14, 2011

zaman sekolah

teringat mase sekolah dolu dolu...
bila cekgu tulis nota kat depan papan putih, dia suka tulis short form.. macam dalam message
weh cekgu saya tak paham ah ape kau tulis.. ( tapi diamkan je )
saya tak pakai handphone pn lagi mase tu apetah lagi nak main message2 dengan boyfren.
kebetulan tu cekgu bahasa melayu. dan cekgu tu suka cekik cubit saya. :(
saya nakal katenya... tapi saya pandai dalam kelas, haha

cekgu suka guna huruf  X bila tulis kt depan... itu mewakili 'TIDAK atau TAK'
saya habis fikir ape huruf X tu agaknye... tp mls nak soal cekgu tu nanti dia soal saya balik
dan suka guna short form Y pastu tanda kt atas... konon2 YANG. aku pikir Y kuasa dua
merangkak tingkatan lima aku semakin maju kerana sudah lali dengan sifat cekgu ku itu yang terbawa bawa bahasa short message system didalam sistem pembelajaran seharian.

menjelang hari raya aidilfitri, rakan-rakan mula rancak membawa mercun ke sekolah. begitu juga dengan saya..
poket baju kurung menjadi tempat penyimpanan mercun bawang mancis. (aku tak tahu name saintifik mercun ni tapi dari info member aku dia petik mercun mancis)
okay. back to topic.. aku tertunggu tunggu bila kelas nk habis ni... bukan nak balik awal ape tapi nak main mercun dalam kelas bersama teman teman lelaki yang agak brutal.
dan kebetulan pada hari itu sedang kami asyik dibuai bersama bunyi mercun yang bergema didalam kelas, datang seekor naga betina cekgu bahasa melayu aku yang suka sangat cubit aku!
dan dengan pantas dia mengacukan jari jemari nya ibarat ketam yang mahu menyepit pemangsanya kearah aku, aku terdesik... aduh! pedih la cekgu. cekgu menjawab " awk perempuan buat peragai mcm perempuan"
saya hanya tunduk seumpama menyesal dan balik dengan keadaan yang kepedihan dan sedikit insaf.

"saya rindu zaman sekolah, saya rindu cekgu mimi hartini"

No comments:

Post a Comment

moh le komen...