liking...

Saturday, April 16, 2011

reflection in a mirror.

saya tinggalkan kamu untuk dapatkan dia
dan dia tinggalkan saya untuk...........sesuatu yang terbaik untuk dirinya

ini hanya sekadar memori dan panduan untuk masa akan datang agar lebih berhati-hati

hari ini kamu kembali kepada aku untuk menyambung semula cinta semalam yang telah aku khianati.
"kau cinta pertama aku" perempuan mana yang tak cair bila orang yang pernah menyayangi dan disayangi melontarkan kata kata tersebut. tapi sayang... sejak dari dulu perasaan aku pada engkau hanya sebagai seorang kawan walaupun kita pernah bergelar kekasih. aku cuba memaksa diri aku untuk anggap kau lebih dari itu tapi aku tak mampu.

okay ayat aku skema. sebab aku tengah serious

dah memang sifat azali aku seorang yang penjeles. kau ex aku.. kau baru in a relationship selepas setahun clash dengan aku dah tentu2 ah aku jeles sebab aku dah single skang! hak3
aku dengan lurus selurus pembaris panjangnye pergi cakap kt engkau yang aku jeles. n kau sanggup putus dengan awek kau. aku terharu doe! haha... tapi aku taknak melukakan sesiapa. biarlah kau pula yang merasa nikmat kebahagiaan itu. lagi pun aku sedang ushar org lain.

bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor

look foward... jauh lagi perjalanan kita. banyak lagi cabang-cabang yang perlu kita redahi
tapi aku pun tak mahu kehilangan engkau. tapi aku tak dapat terima engkau buat masa sekarang..
kau cakap nak couple dengan aku balik. tapi aku bagi alasan takut awek kau terluka.
kau cakap kalau aku permainkan kau lagi aku takkan jumpa kau lagi, ini peluang terakhir aku untuk hargai kau... tapi
aku tak pasti perasaan aku pada kau. aku mngaku masih sayangkan kau. itu normal...
aku seolah telah beri kau harapan sekali lagi. ape yang aku dah buat ni?!
aku bukan tamak, tapi aku tak sanggup lukakan hati sesiapa. aku dicipta untuk menyayangi dan bukan disayangi..

aku keliru dengan perasaan aku...aku sayang engkau..dia dan dia...

"kadang-kadang bila kita buat sesuatu yang salah tetapi kita memberikan alasan yang kukuh dan motif yang kuat kesalahan itu akan bertukar menjadi kebetulan"

No comments:

Post a Comment

moh le komen...